Prinsip Bisnes & Kekayaan - Formula Azizan Osman 1. Matlamat utama bisnes BUKAN UNTUK KAYA RAYA banyak wang, tetapi MATLAMAT UTAMA bisnes adalah mencari redha Allah swt dengan membantu manusia lain yang mempunyai masalah untuk dapatkan produk atau perkhidmatan yang kita boleh bantu selesaikan. 2. Matlamat ke-2 dalam bisnes formula yang saya kongsikan adalah, berniaga untuk menggembirakan atau membahagiakan orang lain, mudah-mudahan dengan apa yang kita "beri" itu, akan dipandang Allah swt sebagai satu amalan (Perbuatan/ Tindakan) yang diredhaiNya dan dikasihiNya. 3. Matlamat ke-3 bisnes sepertimana yang saya kongsikan adalah untuk menyelesaikan masalah maslahah atau muamalat umat Islam. Anda nak boikot tak nak guna barangan yang menyokong zionis, itu bagus, tapi adakah pada masa yang sama anda sediakan penggantinya untuk umat Islam? atau adakah anda mula membeli barangan keluaran umat Islam? Adakah anda cari jalan dapatkan Bihun Sufi? Adakah anda cari j...