Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Berniaga Gaya Nabi

Ikut perkongsian Muhammad & Khadijah. Khadijah memiliki sumber, yakni modal dalam bentuk barangan dagang. Muhammad memiliki ilmu dan skill perdagangan Menjual gaya Nabi.... 1. Tidak boleh terlalu memuji-muji barang kita. 2. Tidak boleh memburuk-buruk barang orang lain. 3. Tidak boleh menekan emosi pembeli. 4. Tidak boleh memutar-belit pembeli. 5. Tidak boleh memaksa. 6. Tidak boleh berdusta. 7. Tidak boleh mengucapkan jaminan palsu. 8. Tidak boleh memberi maklumat salah tentang barang kita. 9. Tidak boleh menjual barang yang tidak diperlukan oleh pembeli. 10. Tidak boleh menyembunyikan maklumat negatif tentang barang kita. Tips dari Kelas Bisnes ABS.

Menulis Posting Jualan Di Facebook

Di bawah ini adalah contoh cara yang salah menulis posting jualan dalam Face Book: baru dapat berita sorang kawan mak passed away due to barah pangkal rahim ... arwah dijadualkan menjalani pembedahan pada bulan 12 .. al-fatihah pada arwah .. Saya selalu sangat dengar kes-kes macamni ... so guys sign up la our medical insurance plan .. jaminan perubatan dari RM500,000 sehingga RM1.5 juta Lebih 60 hospital panel.. MURAH .. dari RM150 sebulan utk dewasa dan RM100 sebulan untuk kanak-kanak. Mengapa salah? (i) Ayat-berita yang yang digunakan bagi menyampaikan berita kematian itu menghantar mesej emosi yang salah. baru dapat berita sorang kawan mak passed away due to barah pangkal rahim ... arwah dijadualkan menjalani pembedahan pada bulan 12 .. al-fatihah pada arwah .. Ayat-berita di atas tidak merakamkan perasaan sedih dan simpati penulis itu kepada kawannya yang kematian ibu. (ii) Ayat-berita yang ditulis menggunakan bahasa rojak dan ejaan yang salah tidak diy...

Ceburi Bisnes Kerana Hendak Banyak Duit?

Banyak orang mahu masuk bisnes disebabkan waktu itu mereka sedang mengalami masalah tidak ada duit. Mereka menyangka, dengan masuk bisnes mereka akan dapat banyak duit. Kita sering menyangka masalah tidak ada duit dan tidak cukup duit hanya dihadapi oleh mereka yang bergaji kecil. Ini tidak benar. Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah kewangan. Orang-orang yang bergaji besar dan berjawatan tinggi pun banyak yang tidak cukup duit dan menanggung hutang kad kredit yang banyak. Gaji kecil bukan punca kita tidak cukup duit. Punca kita tidak cukup duit adalah kerana kita tidak pandai menguruskan duit gaji kita. Akibat tidak cukup duit, mereka pun mencari-cari apa jenis bisnes yang dapat cepat mendatangkan duit. Golongan jenis inilah yang sangat mudah dipujuk memasuki dan menjadi agen kepada pelbagai bisnes yang menjaja janji-janji duit. Kajian pakar-pakar psikologi ke atas kumpulan bisnesman yang berjaya mendapati mereka tidak masuk dunia bisnes disebabkan tidak ada d...

ROBERT TORU KIYOSAKI

ROBERT TORU KIYOSAKI Saya cukup tertarik dan ingin berkongsi falsafah kewangan salah seorang Mentor saya sejak sekian lama. Antara ilmu daripada beliau yang cukup sebati dengan saya ialah falsafah Quadran Aliran Wang Tuna i. “Kita menghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah tetapi tidak belajar apa-apa berkenaan wang. Inilah sebab utama kita menghadapi masalah kewangan. Akibatnya, kita hanya belajar cara bekerja untuk wang, bukannya belajar cara menjadikan wang bekerja untuk kita.” katanya. Robert T. Kiyosaki atau nama penuhnya Robert Toru Kiyosaki adalah seorang pelabur, usahawan, penulis dan motivator. Beliau dilahirkan pada 8 April 1947 di sebuah tempat bernama Hilo di Hawaii, Amerika Syarikat. Beliau adalah seorang warganegara Amerika Syarikat berketurunan Jepun. Robert Kiyosaki menjadi terkenal setelah menulis sebuah buku berjudul Rich Dad, Poor Dad yang telah mencatatkan jualan best seller dan diterjemahkan kepada pelbagai bahasa. Buku tersebut merupakan sebuah buku moti...