Risiko meramalkan perkara buruk.... Pakar-pakar psikologi sudah lama mengesahkan wujudnya fenomena yang disebut dengan istilah 'self-fullfilling expectations'. Dalam bahasa mudah, maksudnya "apa yang kita ramalkan, itulah yang akan terjadi". Ia bermula dengan suatu ramalan semata-mata. Ramalan itu hanya ada dalam otak kita. Kemudian, ramalan itu betul-betul menjadi realiti. . Contoh 'self-fullfilling expectations': + Dalam sesi interviu, kita meramalkan calon itu akan menyebabkan banyak masalah, dan kemudian apabila calon itu diambil juga, staff itu betul-betul menyebabkan banyak masalah. + Dalam perjalanan hendak pergi berjumpa seorang prospek pelanggan, kita meramalkan prospek itu seorang yang sukar diyakinkan supaya setuju membeli, lalu terbukti pelanggan itu memang betul-betul tidak mahu membeli. Sumber FB: Puan Ainon Mohd