Skip to main content

Posts

TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY DAN KEMEWAHAN

TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY DAN KEMEWAHAN " Saya pun suka kepada kemewahan. Saya pun suka pergi tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tetapi kita ini hendak mewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana? " Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas , ada masa di bawah. Kita tidak boleh mengagung-agungkan diri kita sangat. Masalahnya sekarang ada yang sudah ke atas tetapi tidak mahu turun ke bawah. Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tetapi tidak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun. Jangan amalkan cara hidup yang tidak boleh ada fleksibiliti. " Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tetapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun c...
Recent posts

Risiko Memilih Bisnes Yang Kita Suka

Salah satu faktor kita membuka bisnes, kemudian bisnes itu menyebabkan kita menanggung rugi berat, dikejar bank, malah ditarik ke mahkamah…. adalah apabila kita membuka bisnes semata-mata atas faktor kita suka bisnes itu. Apabila kesukaan peribadi dijadikan kriteria membuat keputusan bisnes, maka keputusan itu tidak dibuat secara rasional. Kita tidak mengkaji statistik dan trend pasaran. Kita tidak menyediakan BMC-nya. Kita tidak melakukan analisis SWOT. Kita ikut suka hati kita sahaja. + Kita suka makanan Jepun. Kita pun membuka restoran menjual makanan Jepun yang halal. + Kita suka kek-kek eksotik yang mahal. Kita pun membuka kedai kek yang menjual kek-kek eksotik yang mahal. + Kita suka idea bisnes restoran salad buah-buahan, kita pun membuka restoran salad buah-buahan. Apabila kita membuka bisnes berdasarkan apa yang kita suka, kita akan mencipta pelbagai rasional dan alasan bagi menyokong keputusan kita itu. Alasan-alasan yang dicari-cari, diada-adakan. Buat ma...

Personaliti Golongan Pejaya

Pakar-pakar psikologi (US) sudah membuktikan bahawa golongan yang berjaya mempunyai cara berfikir dan tingkah laku yang berbeza daripada golongan yang kurang berjaya. Salah satu perbezaan itu adalah pada tingkah laku yang disebut 'self monitoring'. Yakni perbuatan memantau tingkah laku diri sendiri. Hasil kajian mereka mendapati golongan berjaya sentiasa memantau tingkah laku diri mereka sendiri. . Contoh tingkah laku individu yang amat tinggi skill self-monitoring-nya: Kita pandai berlakon, bersandiwara, bermuka-muka. + Apabila di rumah, personaliti kita lain.  + Apabila di khalayak, personaliti kita lain.  + Apabila di tempat kerja, personaliti kita lain. + Apabila minum kopi dengan kawan-kawan baik, personaliti kita lain. + Apabila di masjid, personaliti kita lain. + Apabila berunding dengan businessman dari US, personaliti kita lain. + Apabila berunding dengan Tok Arab, personaliti kita lain. . Nota kaki: Golongan mereka yang kurang berjaya menampilkan p...

Risiko Mengamalkan Perkara Buruk

Risiko meramalkan perkara buruk.... Pakar-pakar psikologi sudah lama mengesahkan wujudnya fenomena yang disebut dengan istilah 'self-fullfilling expectations'. Dalam bahasa mudah, maksudnya "apa yang kita ramalkan, itulah yang akan terjadi". Ia bermula dengan suatu ramalan semata-mata. Ramalan itu hanya ada dalam otak kita. Kemudian, ramalan itu betul-betul menjadi realiti. . Contoh 'self-fullfilling expectations': + Dalam sesi interviu, kita meramalkan calon itu akan menyebabkan banyak masalah, dan kemudian apabila calon itu diambil juga, staff itu betul-betul menyebabkan banyak masalah. + Dalam perjalanan hendak pergi berjumpa seorang prospek pelanggan, kita meramalkan prospek itu seorang yang sukar diyakinkan supaya setuju membeli, lalu terbukti pelanggan itu memang betul-betul tidak mahu membeli. Sumber FB: Puan Ainon Mohd

Berniaga Gaya Nabi

Ikut perkongsian Muhammad & Khadijah. Khadijah memiliki sumber, yakni modal dalam bentuk barangan dagang. Muhammad memiliki ilmu dan skill perdagangan Menjual gaya Nabi.... 1. Tidak boleh terlalu memuji-muji barang kita. 2. Tidak boleh memburuk-buruk barang orang lain. 3. Tidak boleh menekan emosi pembeli. 4. Tidak boleh memutar-belit pembeli. 5. Tidak boleh memaksa. 6. Tidak boleh berdusta. 7. Tidak boleh mengucapkan jaminan palsu. 8. Tidak boleh memberi maklumat salah tentang barang kita. 9. Tidak boleh menjual barang yang tidak diperlukan oleh pembeli. 10. Tidak boleh menyembunyikan maklumat negatif tentang barang kita. Tips dari Kelas Bisnes ABS.

Menulis Posting Jualan Di Facebook

Di bawah ini adalah contoh cara yang salah menulis posting jualan dalam Face Book: baru dapat berita sorang kawan mak passed away due to barah pangkal rahim ... arwah dijadualkan menjalani pembedahan pada bulan 12 .. al-fatihah pada arwah .. Saya selalu sangat dengar kes-kes macamni ... so guys sign up la our medical insurance plan .. jaminan perubatan dari RM500,000 sehingga RM1.5 juta Lebih 60 hospital panel.. MURAH .. dari RM150 sebulan utk dewasa dan RM100 sebulan untuk kanak-kanak. Mengapa salah? (i) Ayat-berita yang yang digunakan bagi menyampaikan berita kematian itu menghantar mesej emosi yang salah. baru dapat berita sorang kawan mak passed away due to barah pangkal rahim ... arwah dijadualkan menjalani pembedahan pada bulan 12 .. al-fatihah pada arwah .. Ayat-berita di atas tidak merakamkan perasaan sedih dan simpati penulis itu kepada kawannya yang kematian ibu. (ii) Ayat-berita yang ditulis menggunakan bahasa rojak dan ejaan yang salah tidak diy...

Ceburi Bisnes Kerana Hendak Banyak Duit?

Banyak orang mahu masuk bisnes disebabkan waktu itu mereka sedang mengalami masalah tidak ada duit. Mereka menyangka, dengan masuk bisnes mereka akan dapat banyak duit. Kita sering menyangka masalah tidak ada duit dan tidak cukup duit hanya dihadapi oleh mereka yang bergaji kecil. Ini tidak benar. Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah kewangan. Orang-orang yang bergaji besar dan berjawatan tinggi pun banyak yang tidak cukup duit dan menanggung hutang kad kredit yang banyak. Gaji kecil bukan punca kita tidak cukup duit. Punca kita tidak cukup duit adalah kerana kita tidak pandai menguruskan duit gaji kita. Akibat tidak cukup duit, mereka pun mencari-cari apa jenis bisnes yang dapat cepat mendatangkan duit. Golongan jenis inilah yang sangat mudah dipujuk memasuki dan menjadi agen kepada pelbagai bisnes yang menjaja janji-janji duit. Kajian pakar-pakar psikologi ke atas kumpulan bisnesman yang berjaya mendapati mereka tidak masuk dunia bisnes disebabkan tidak ada d...