Salah satu faktor kita membuka bisnes, kemudian bisnes itu menyebabkan kita menanggung rugi berat, dikejar bank, malah ditarik ke mahkamah…. adalah apabila kita membuka bisnes semata-mata atas faktor kita suka bisnes itu.
Apabila kesukaan peribadi dijadikan kriteria membuat keputusan bisnes, maka keputusan itu tidak dibuat secara rasional.
Kita tidak mengkaji statistik dan trend pasaran. Kita tidak menyediakan BMC-nya. Kita tidak melakukan analisis SWOT. Kita ikut suka hati kita sahaja.
+ Kita suka makanan Jepun. Kita pun membuka restoran menjual makanan Jepun yang halal.
+ Kita suka kek-kek eksotik yang mahal. Kita pun membuka kedai kek yang menjual kek-kek eksotik yang mahal.
+ Kita suka idea bisnes restoran salad buah-buahan, kita pun membuka restoran salad buah-buahan.
Apabila kita membuka bisnes berdasarkan apa yang kita suka, kita akan mencipta pelbagai rasional dan alasan bagi menyokong keputusan kita itu. Alasan-alasan yang dicari-cari, diada-adakan.
Buat macam businessman Cina: Pilih bisnes yang potensinya bagus.
+ Orang Cina tidak suka makan tempe. Tetapi kilang-kilang tempe yang besar semuanya milik Cina.
+ Orang Cina tidak memakai tudung kepala. Tetapi kebanyakan tudung dalam pasaran dikeluarkan oleh kilang-kilang milik Cina.
+ Orang Cina tidak menggunakan bunga telur pada majlis perkahwinan mereka. Tetapi bisnes bunga telur adalah bisnes Cina.
Tip Bisnes Puan Ainon Mohd
Comments
Post a Comment