Semua
manusia berhak untuk menikmati kemewahan hidup di dunia ini. Sesungguhnya
nikmat Allah S.W.T di dunia adalah tiada hadnya. Jika anda merasakan sesuatu
perkara ada hadnya, anda silap kerana sesuatu perkara itu tiada hadnya kecuali
telah di tetapkan oleh Allah S.W.T seperti lelaki hanya di benarkan untuk
berkahwin tidak lebih daripada 4 wanita sekaligus.
Kemewahan
hidup adalah tiada had dan anda semua manusia boleh mencapainya. Kita bercakap
mengenai kemewahan, tetapi apakah maksud sebenar kewewahan? Kemewahan bermaksud
semua yang anda mahu boleh di tunaikan.
Kemewahan merangkumi segala aspek
kehidupan anda. Anda malas untuk memandu, anda
boleh serahkan beban ini kepada pemandu anda. Anda mahu makanan sedap, anda
boleh membelinya dari tukang masak terhebat. Perasaan kemewahan di dunia adalah
sama dengan ganjaran di syurga, yang menjadi perbezaannya adalah nikmat di
syurga sudah tentulah berlipat kali ganda dari di dunia.
Apabila anda memulakan perniagaan, jangan limitkan pemikiran anda dengan
andaian untuk cepat kaya. Jika satu produk ada potensi yang tinggi, jangan malu
untuk bersaing dengan penjual sedia ada. Kemewahan tiada had.
Misal kata
peniaga yang memonopoli produk tersebut memperoleh sejuta ringgit keuntungan. Anda
juga boleh mendapatnya.
Kemewahan tiada had bermaksud pemberian rezeki dari Allah S.W.T adalah
tiada hadnya. Anda tidak perlu gusar akan pendapatan anda kerana seperti yang
saya sentiasa ulang-ulang, kemewahan adalah tiada had.
Penjualan software
Microsoft oleh Bill Gates tidak menghalang beribu-ribu syarikat yang lain untuk
memperoleh keuntungan yang banyak. Kemunculan pemain-pemain boleh sepak
bertaraf bintang di liga perdana Inggeris tidak pernah menghalang pemain baru
untuk muncul. Monopoli sukan badminton oleh negara China tidak pernah menghalang
pemain baru dari negara lain untuk menunjukkan potensi mereka.
Semua manusia ada peluang dan ruang masing-masing untuk memperoleh
kemewahan di dunia ini. Sekarang, mari kita bongkar dengan lebih lanjut
bagaimana anda boleh memperoleh kemewahan di dunia ini.
Sebelum itu, dalam syarikat Microsoft sendiri terdapat lebih 100 orang
jutawan dan jumlahnya semakin meningkat setiap tahun. Ada rasa kemewahan itu
ada had? Terpulang pada anda.
Terakhir, elakkan perasaan dengki kerana semua
kemewahan cukup untuk semua manusia. Berdasarkan kajian dan pemerhatian semasa,
lebih 90% dari rakyat Malaysia mempunyai dilemma akan kemewahan ini. Saya harap
anda bukanlah salah seorang darinya.
Comments
Post a Comment