Anda perlu melabur untuk minda wang?
Melabur untuk minda wang bermaksud melabur untuk memahirkan diri anda
dalam kewangan. Melabur untuk diri sendiri juga bermaksud melabur untuk minda
wang.
Perlaburan ini akan menjalinkan anda dengan pengetahuan kewangan yang
kukuh di mana hanya sedikit manusia sahaja yang tahu. Memerhati dari tepi
adalah berbeza dari mereka yang sedang melaksanakannya.
Seorang professor kewangan hanya mampu memberi ulasan tetapi tidak
berani mengambil tindakan kerana mereka sentiasa memerhati dari tepi. Berbeza
dari mereka yang sedang melaksanakannya, mereka barani mengambil tindakan
kerana mereka tahu apa yang mereka lakukan.
Apa yang anda ingin beli, lembu
atau susunya?
Jika anda membeli susu, ia akan habis. Maka, anda perlu beli, beli, dan
beli lagi jika mahu menggunakannya.
Jika anda membeli lembu, anda melakukan perlaburan untuk masa hadapan.
Walaupun harga lembu tersebut adalah 50 kali lebih mahal dari harga susu, anda akan
dapat pulangan selepas 50 kali anda mengambil susu dari lembu tersebut. Selepas
itu, anda akan mendapat keuntungan.
Semua manusia ada peluang untuk kaya walaupun anda hanya ada seluar
pendek sebagai harta. Kreativiti memainkan peranan. Sebab itu, pendidikan
kewangan adalah penting.
Anda akan lebih untung jika,
Menukarkan tanah yang kosong kepada tanah yang ada tanaman.
Membaiki kereta
lama untuk dijual berbanding menjualnya tanpa membaiki.
Harga sesuatu barang bergantung kepada bilangan pembekal dan permintaan.
Melabur pada sesuatu yang boleh memberi pulangan pada jangka masa panjang. Jangan terlalu melabur
pada sesuatu yang ada liabiliti seperti kereta ( akan rosak ).
Sekarang, anda perlu bangun dan belajar mengenai kewangan.
Comments
Post a Comment