Apa yang terdetik pada fikiran anda ketika anda mendengar perkataan
perlaburan?
Adakah ia bermakna membeli Insurans, membeli Amanah Saham atau membuka
syarikat perniagaan?
Ada manusia yang sentiasa memikirkannya. Namun, ada juga manusa yang
hanya memikirkannya ketika hendak mati atau berada dalam kesusahan. Ada juga di
kalangan anda yang merasakan perlaburan adalah sesuatu yang sangat kompleks
untuk di fahami.
Perlaburan merangkumi berbagai perkara. Ada manusia yang membuat
pembedahan plastik untuk nampak lebih cantik, ada juga manusia yang mengupah
jurulatih peribadi supaya mereka nampak lebih kurus. Perlaburan adalah sesuatu
yan ganda lakukan untuk diri anda., sudah tentulah untuk mendapat keputusan
yang lebih baik.
Perlaburan untuk diri sendiri?
Perkara pertama yang perlu anda tahu ketika melabur adalah jika anda
tidak melabur untuk diri sendiri, siapa lagi yang akan lakukan?
Ibu bapa anda hanya akan melabur pendidikan anda sehingga tamat belajar
dan ia adalah keperluan asas sahaja. Namun, ketika di sekolah, anda tidak di
ajar bagaimana hendak mengawal kewangan anda atau bagaimana hendak melabur.
Anda hanya di ajar bagaimana hendak memberi wang kepada orang lain iaitu
bekerja dengan orang lain.
Oleh kerana tiada sesiapa yang akan mengajar anda bagaimana hendak
menguruskan wang, anda perlu mengambil tanggungjawab tersebut.
Melabur untuk diri sendiri bermakna anda sedang mendidik diri anda untuk
lebih pandai mengawal kewangan. Jika anda berhenti dari mendidik diri anda,
anda akan berhenti belajar. Jadi, sampai ke akhir, anda akan berada pada tahap
yang sama.
Perlaburan untuk diri sendiri bermakna anda perlu bertanggungjawab atas
semua tindakan yang anda lakukan. Ini bermakna, anda perlu lebih berhati-hati
dalam membuat keputusan mengenai kehidupan anda.
Kebanyakan manusia yang kaya di dunia ini melabur untuk diri sendiri,
mereka sentiasa bertanggungjawab atas semua tindakan mereka.
Ada pendapat mengatakan, jika anda melabur untuk diri sendiri, anda
sedang melukis peta ke arah kejayaan anda. Jika anda memandu dari Ipoh ke Kota
Bharu menggunakan panduan peta yang salah, anda tidak akan sampai ke destinasi
walau sebanyak mana usaha anda. Jangan gunakan peta orang lain, tetapi lukislah
peta diri sendiri untuk di ikuti.
Comments
Post a Comment