2 Cara Biasa Untuk Kaya.
Semua manusia mahu memiliki wang yang lebih dan biasa
manusia tergolong dalam dua kategori.
Orang yang duduk diam dan sentiasa mencari jalan terpantas
untuk memiliki wang.
Atau
Orang yang berusaha dan kejayaan
akan datang kemudian.
Anda berada di mana? Mari kita
siasat 2 cara untuk kaya ini.
Golongan yang hanya duduk diam dan sentiasa mencari jalan terpantas
untuk memiliki wang selalunya adalah golongan pekerja biasa, pelajar lepasan
ijazah dan peniaga kecil-kecilan.
Tidak salah jika anda tergolong dalam golongan ini dan saya tidak
menghina anda tetapi tolonglah pertimbangkan pendapat berikut. Jika anda berada
dalam golongan ini, anda sebenarnya sedang menggadaikan masa anda yang berharga
untuk wang.
Tiada jalan terpantas untuk memiliki wang yang banyak selain berusaha
dan bekerja ke arahnya. Masa yang anda gunakan untuk mencarinya akan terbuang
begitu sahaja. Selalunya golongan ini akan melakukan perkara berikut :
·
Bekerja pada kadar
minimum supaya tidak di pecat oleh bos
·
Sentiasa memikirkan
perkara negatif.
·
Sentiasa berada di
dalam dilema.
Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, hanya ada satu sahaja cara untuk
anda memiliki wang yang lebih iaitu lakukan sesuatu dengan sentuhan luar biasa.
Sekarang, mari lihat satu lagi kumpulan iaitu
golongan yang berusaha dan kejayaan akan datang dengan sendirinya.
Selalunya golongan ini terdiri dari mereka yang kreatif, pencipta benda
baru, pelabur, usahawan dan pemilik perniagaan besar.
Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan ini, anda patut mendengar
nasihat berikut.
Berhenti bekerja untuk duit tetapi
bekerja supaya anda boleh meneruskan kehidupan.
Anda boleh pilih sama ada untuk berada dalam golongan pertama atau
kedua. Namun, jika anda ingin berada dalam golongan kedua. Anda perlu sedar akan
perkara berikut.
·
Golongan kedua adalah golongan yang
berusaha.
·
Golongan kedua adalah mereka yang sentiasa
belajar.
·
Golongan kedua adalah mereka yang selalu
bernasib baik.
·
Golongan kedua adalah mereka yang berani
untuk menyuarakan pandangan mereka.
· Golongan kedua adalah mereka yang sentiasa
belajar dari perkara sebenar, bukannya dari sekolah.
Untuk berusaha,
anda perlu bermula melalui perkara yang kecil dahulu. Donald Thrump, ketika
melakukan temuduga melalui The Apprentice, beliau menyuruh calon-calonnya untuk
menjual air lemonade di jalanan. Bagi orang lain ia tidak penting, namun, bagi
beliau ia adalah penting. Jika perkara sekecil itupun, mereka tidak mampu
lakukan, bagaimana mereka hendak menangani perkara yang besar?
Bermula kecil
sentiasa menghasilkan keputusan yang besar.
Comments
Post a Comment