Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

Bagaimana Untuk Kekal Bermotivasi? Part 2

Bagaikan langit, semangat kita juga sentiasa berubah umpama cuaca yang ada masanya cerah dan ada ketikanya mendung. Kita dapat merasakan bahawa semangat kita mula menurun apabila keghairahan dan keseronokan melakukan sesuatu perkara semakin berkurangan. Keadaan bertambah gawat apabila semangat yang lau itu dibiarkan begitu sahaja sehingga kita terpaksa bertungkus-lumus untuk mengembalikan semula semangat yang telah lama terpadam. Hakikatnya, semangat tidak luntur serta-merta ataupun tanpa sebab. Kita dapat mengesannya seperti mana penyakit yang mempunyai sebab dan tanda-tanda. Membiarkan sahaja keadaan ini berlarutan akan mengundang masalah lain. Contohnya, apabila kita kurang bersemangat, kualiti kerja akan menurun. Penurunan kualiti kerja bukan sahaja menjejaskan prestasi dan reputasi, malah ia menjejaskan hubungan dengan rakan sekerja. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Terdapat beberapa tips yang boleh dipertimbangkan untuk menaikkan semula motivasi. Kita akan s...

Bagaimana Untuk Kekal Bermotivasi?

Jadilah Pakar Motivasi Sendiri Be a self-motivated person. Selalu menasihati diri seolah-olah kita menasihati orang lain. Kita adalah insan yang lebih mengenali diri kita sendiri. maka kita boleh memberikan penawar terbaik untuk diri sendiri. Pujuk dan bisikkan ke dalam diri bahawa kita tidak mahu gagal dan hanya diri kita sendiri yang mampu mengubah keadaan ini. Jangan harapkan orang lain untuk memujuk dan mengubah diri kita. Tanamkan dalam minda bahawa kita adalah ketua dan pengawal kepada emosi, minda dan tingkah laku kita. Kata orang tua-tua, ikut hati mati, ikut nafsu lesu. Apabila kita berjaya memujuk dan memulihkan semangat sendiri, kita akan merasai kepuasan dan boleh berkongsi petua dengan orang lain. Bergaul dengan Mereka yang Bersemangat dan Bersungguh-sungguh dalam Kehidupan Elakkan daripada menceritakan masalah terutamanya kepada mereka yang gemar menjatuhkan lagi semangat kita. Perhatikan mereka yang lebih berjaya dan ceria untuk mendorong kita supaya menjadi ...