Jadilah Pakar Motivasi Sendiri
Be a self-motivated person. Selalu menasihati diri seolah-olah kita menasihati orang lain. Kita adalah insan yang lebih mengenali diri kita sendiri. maka kita boleh memberikan penawar terbaik untuk diri sendiri. Pujuk dan bisikkan ke dalam diri bahawa kita tidak mahu gagal dan hanya diri kita sendiri yang mampu mengubah keadaan ini. Jangan harapkan orang lain untuk memujuk dan mengubah diri kita. Tanamkan dalam minda bahawa kita adalah ketua dan pengawal kepada emosi, minda dan tingkah laku kita. Kata orang tua-tua, ikut hati mati, ikut nafsu lesu. Apabila kita berjaya memujuk dan memulihkan semangat sendiri, kita akan merasai kepuasan dan boleh berkongsi petua dengan orang lain.
Bergaul dengan Mereka yang Bersemangat dan Bersungguh-sungguh dalam Kehidupan
Elakkan daripada menceritakan masalah terutamanya kepada mereka yang gemar menjatuhkan lagi semangat kita. Perhatikan mereka yang lebih berjaya dan ceria untuk mendorong kita supaya menjadi lebih berjaya dan bahagia.
Comments
Post a Comment