Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

Risiko Memilih Bisnes Yang Kita Suka

Salah satu faktor kita membuka bisnes, kemudian bisnes itu menyebabkan kita menanggung rugi berat, dikejar bank, malah ditarik ke mahkamah…. adalah apabila kita membuka bisnes semata-mata atas faktor kita suka bisnes itu. Apabila kesukaan peribadi dijadikan kriteria membuat keputusan bisnes, maka keputusan itu tidak dibuat secara rasional. Kita tidak mengkaji statistik dan trend pasaran. Kita tidak menyediakan BMC-nya. Kita tidak melakukan analisis SWOT. Kita ikut suka hati kita sahaja. + Kita suka makanan Jepun. Kita pun membuka restoran menjual makanan Jepun yang halal. + Kita suka kek-kek eksotik yang mahal. Kita pun membuka kedai kek yang menjual kek-kek eksotik yang mahal. + Kita suka idea bisnes restoran salad buah-buahan, kita pun membuka restoran salad buah-buahan. Apabila kita membuka bisnes berdasarkan apa yang kita suka, kita akan mencipta pelbagai rasional dan alasan bagi menyokong keputusan kita itu. Alasan-alasan yang dicari-cari, diada-adakan. Buat ma...

Personaliti Golongan Pejaya

Pakar-pakar psikologi (US) sudah membuktikan bahawa golongan yang berjaya mempunyai cara berfikir dan tingkah laku yang berbeza daripada golongan yang kurang berjaya. Salah satu perbezaan itu adalah pada tingkah laku yang disebut 'self monitoring'. Yakni perbuatan memantau tingkah laku diri sendiri. Hasil kajian mereka mendapati golongan berjaya sentiasa memantau tingkah laku diri mereka sendiri. . Contoh tingkah laku individu yang amat tinggi skill self-monitoring-nya: Kita pandai berlakon, bersandiwara, bermuka-muka. + Apabila di rumah, personaliti kita lain.  + Apabila di khalayak, personaliti kita lain.  + Apabila di tempat kerja, personaliti kita lain. + Apabila minum kopi dengan kawan-kawan baik, personaliti kita lain. + Apabila di masjid, personaliti kita lain. + Apabila berunding dengan businessman dari US, personaliti kita lain. + Apabila berunding dengan Tok Arab, personaliti kita lain. . Nota kaki: Golongan mereka yang kurang berjaya menampilkan p...