Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

Ikon Usahawan Wanita: Dato' Maznah Hamid

TANPA keberanian, impian hanya tinggal impian ..Inilah kata-kata hikmah Iron Lady Malaysia ini yang telah membawanya ke puncak kejayaan pada hari ini. Menjalankan perniagaan kawalan keselamatan menuntut keberanian yang luar biasa. Kata Pengarah Eksekutif, Kumpulan Securiforce Sdn. Bhd. (Securiforce),  Datuk Maznah Hamid.  Maznah merupakan wanita pertama di Malaysia yang mengetuai sebuah syarikat kawalan keselamatan. Antara lain, Securiforce menyediakan perkhidmatan van sekuriti dan kawalan bangunan. Setelah beroperasi selama hampir 29 tahun, Securiforce kini bangga dapat menyaingi lebih 400 syarikat seumpamanya di negara ini.  “Orang mungkin lihat kami sudah berjaya dan kaya raya. Tetapi bagi kami, pencarian belum berakhir,” ujar anak kelahiran Jerlun, Kedah, ini. Impikan waktu 36 jam sehari,  Maznah mengakui, beliau dan suami suka mempelajari sesuatu yang baru. “Latihan secara praktikal dan pengalaman bekerja lebih penting berban...

Pesanan Jutawan: Saya juga mahu jadi seperti DAO

Assalamualakum wbt.  Apa khabar semua? Semoga anda semua dilimpahi rahmat Allah swt, dipermudahkan segala urusan.  Alhamdulillah hujung minggu baru-baru ini, saya telah berjaya bercakap di hadapan lebih 1,300 orang untuk program terakhir Klinik Usahawan - Seminar Marketing Power 2012 di Hotel Pearl View, Seberang Prai, Pulau Pinang & lebih 2,400 orang peserta di Wisma MCA, KL untuk program yg sama.  Pengalaman kali ini agak mengujakan kerana di P.Pinang, kami terpaksa membuka ruang tambahan utk peserta-peserta duduk sehingga penuh dan mereka terpaksa duduk di atas lantai. Seperti biasa, majoriti mereka yang hadir adalah mereka yang pertama kali hadir program saya dan ingin tahu kenapa ramai yang telah hadir serta ramai juga yang telah berubah hidup mereka.  Ramai yang pertama kali akan "terperanjat" dengan program-program anjuran Richworks dibawah kelolaan saya kerana program kami adalah yang seumpamanya di Malaysia berkonsepkan "infotainment"...

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari : Ikon Jutawan Melayu

  Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut Forbes beliau mempunyai harta bernilai AS$1.7 billion pada 2010 seterusnya menjadi orang kelapan terkaya di Malaysia pada 2010. Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951 Beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan. Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjaw...