Skip to main content

Pesanan Jutawan: Saya juga mahu jadi seperti DAO


Assalamualakum wbt. 

Apa khabar semua? Semoga anda semua dilimpahi rahmat Allah swt, dipermudahkan segala urusan. 

Alhamdulillah hujung minggu baru-baru ini, saya telah berjaya bercakap di hadapan lebih 1,300 orang untuk program terakhir Klinik Usahawan - Seminar Marketing Power 2012 di Hotel Pearl View, Seberang Prai, Pulau Pinang & lebih 2,400 orang peserta di Wisma MCA, KL untuk program yg sama. 

Pengalaman kali ini agak mengujakan kerana di P.Pinang, kami terpaksa membuka ruang tambahan utk peserta-peserta duduk sehingga penuh dan mereka terpaksa duduk di atas lantai. Seperti biasa, majoriti mereka yang hadir adalah mereka yang pertama kali hadir program saya dan ingin tahu kenapa ramai yang telah hadir serta ramai juga yang telah berubah hidup mereka. 

Ramai yang pertama kali akan "terperanjat" dengan program-program anjuran Richworks dibawah kelolaan saya kerana program kami adalah yang seumpamanya di Malaysia berkonsepkan "infotainment", mendidik dengan santai dan menghiburkan. Saya percaya dengan prinsip "Education requires energy", maksudnya "belajar perlukan tenaga" dan adalah lebih mudah untuk belajar bila kita belajar dengan gembira, ceria tetapi pada masa yang sama anda diberikan pengisian ilmu tentang keusahawanan dan bagaimana untuk membina kejayaan yang pantas sebagai usahawan, bagaimana untuk memulakan perniagaan supaya ianya lebih mudah berjaya serta kunci perniagaan yang utama iaitu pemasaran. Saya juga selalu mengingatkan peserta saya untuk membetulkan niat di dalam perniagaan. 

Ramai orang nak berniaga adalah kenapa? Majoriti yang saya jumpa akan jawab, "Kerana nak duit" atau "kerana nak kaya" bukan? Tetapi, masalahnya, saya selalu jumpa mereka yang telah berniaga bertahun-tahun lamanya tetapi tak kaya-kaya malah di kelilingi oleh banyak hutang. Bukan lebih kaya malah lebih kayap. Ramai yang berniaga yang saya dapati mereka, maaf cakap, "SS". Tahu "SS" tu apa? Mereka "Syok Sendiri". Yalah, ada bisnes katanya, ada kad bisnes kononnya tetapi perniagaannya adalah "sekadar di pinggiran". Bukan menghina tetapi inilah yang berlaku berdasarkan pengalaman saya sebagai jurulatih kekayaan & kejayaan dan telah bercakap di hadapan lebih 120,000 orang peserta secara "Live" masuk tahun ke-4 tahun ini.

Tuan-tuan & puan-puan yang berniaga

Untuk perhatian anda, berdasarkan pengalaman saya menjalankan perniagaan yang berjaya dengan kejayaan membina portfolio syarikat daripada RM10 ringgit menjadi beberapa ratus juta ringgit setahun serta memiliki, lebih daripada 12 tahun tahun ini dan gagal banyak kali, tergolek-golek sebelumnya serta hari ini mengusahakan lebih 12 buah syarikat di dalam pelbagai industri seperti agensi pengiklanan bertauliah, strategi pemasaran, pereka grafik, syarikat perkhidmatan korporat, syarikat IT, latihan dan pembangunan sumber manusia di dalam Malaysia & Asia. Portfolio projek pengiklanan & pemasaran saya over the years merangkumi pelbagai syarikat antaranya TM, TMNet, DIGI, CELCOM, Standard Chartered Bank, HSBC serta projek fund-raising untuk WWF, MAKNA dan syarikat portfolio syarikat SME serta telah berjaya membantu mereka meningkatkan jualan mereka dalam masa yang pantas lebih daripada 400%, saya ingin kongsikan kepada anda bagaimana anda sebagai peniaga atau usahawan boleh berjaya dengan lebih pantas dan lebih besar lagi :-

1. Pastikan matlamat anda berniaga yang paling utama bukanlah untuk kaya- Ini adalah sifat peniaga biasa-biasa yang akan buat benda yang sama dan tak berapa nak kaya. Matlamat utama perniagaan yang berjaya atau usahawan yang berjaya adalah, mereka sangat jelas bagaimana produk atau perkhidmatan mereka dapat menambah nilai hidup orang lain dan bagaimana produk/ perkhidmatan yang mereka berikan itu bakal menyelesaikan masalah apa serta masalah siapa di kalangan orang ramai/ sasaran pasaran mereka. Bila anda jelas dengan matlamat ini, anda hanya perlu jadi lebih agresif berkongsi tentang apakah matlamat anda ini kepada seramai mungkin orang di luar sana, kongsikan dengan mereka tentang apa yang anda lakukan dan bagaimana anda boleh menambah nilai hidup mereka serta bagaimana anda boleh menyelesaikan masalah mereka. Contoh, jika anda pandai buat lempeng yang sedap dan menggiurkan di Shah Alam, dulu mungkin matlamat anda, janji dapat jual. Tetapi hari ini, matlamat anda ialah, anda wajib memberitahu semua orang di Shah Alam bahawa anda boleh membuat lempeng sambal ikan bilis goreng yang sedap dan menggiurkan dan ia akan buat anda rasa panas, pedas dan rasa sangatttt enak tanpa anda perlu menggorengnya sendiri. Amacam?

2. Kuasai pemasaran- Peter Drucker, salah seorang pengasas pengurusan & pemasaran moden pernah berkata, di dalam perniagaan, hanya ada 2 perkara yang paling penting iaitu Pemasaran & Inovasi. Betapa sedap pun lempeng yang mak kita pandai buat, tetapi jika tak pandai pasarkannya, maka ianya hanya akan jadi santapan ayah sahaja.....:)p. 93% mereka yang berniaga gagal adalah kerana mereka tidak pandai memasarkan produk/perkhidmatan mereka tetapi masalahnya ramai mereka ini dahlah BODOH lepas tu SOMBONG pula tu, taknak belajar. Bila saya adakan program percuma untuk Seminar Marketing Power baru-baru ini, lebih 17,000 orang hadir di 5 lokasi seluruh semenanjung tetapi mereka yang lain tetap akan cakap, aku sibuk.... Macamlah sibuk sangat sehingga perniagaan mereka telah touch 1st million kan? Anyway, Robert T.Kiyosaki pernah berkata dan saya amat menyokongnya, sekiranya seseorang itu berniaga lebih dari 3 tahun tetapi dia belum touch 1st million, bermakna mereka ini tidak ada mentor, ilmu dan sistem yang betul. Itu yang saya nak kongsikan pengalaman saya dan pengalaman peserta-peserta program saya yang telah berjaya selepas bertindak menggunakan ilmu yang saya kongsikan. 

3. Sentiasa inovasiSentiasa belajar dan belajar daripada mereka yang lebih berjaya supaya ia akan membuatkan anda lebih berinovatif untuk meningkatkan perniagaan anda ke peringkat seterusnya dalam masa yang pantas.

Anda dan saya adalah manusia. Manusia adalah tuhan jadikan sentiasa mahukan perubahan, penambahbaikan serta peningkatan. Ingat, sekiranya anda mempunyai banyak masalah hari ini samada dalam hidup, dalam keluarga, dalam perniagaan, ianya adalah berpunca daripada tidak ada ilmu bagaimana untuk menanganinya.

Sesuatu bangsa akan berjaya jika mereka berilmu serta bersuluhkan iman dan ikhlas di dalam apa yang dilakukan. 

Saya sambung lain kali & Insya-Allah saya akan berangkat mengerjakan umrah bersama 37 orang ahli keluarga dan beberapa orang peserta saya yang ingin pergi bersama. Doakan perjalanan kami selamat dan umrah kami mabrur. Semoga tahun hadapan, saya dapat chartered kapal terbang untuk pergi bersama-sama dengan lebih ramai lagi termasuk membawa mereka yang kurang berkemampuan. 

Semoga anda sekeluarga lebih bahagia, sihat, kaya, berjaya dan diberkati Allah swt. 

Salam sayang

Dr.Azizan Osman 
usahawan, pakar strategi pemasaran
pengasas strategi Marketing P.O.W.E.R 
trainer bertauliah (Asia) untuk Guerrilla Marketing International 
jurulatih kekayaan & kejayaan
------------------
richworks.com.my
marketingpower.com.my
wangpower.com

Comments

Popular posts from this blog

Wang dan Anda

Sekarang kita berada situasi di mana kita perlukan wang untuk terus hidup. Tiada wang, tiada hidup.  Wang sudah membelenggu kehidupan kita. Setiap hari kita lebih memikirkan tentang wang dari Pencipta kita yang Maha Esa. Manusia tidak perlukan wang untuk hidup, tetapi kebanyakan dari anda perlukan ia untuk terus hidup. Arrrgh!!!! Wang takde, macam mana ni? Yeye, banyak duit? Mak, Ali nak robot tu boleh? Ish, mana boleh, Mak tak cukup duitlah. Semua perkara memerlukan wang. Kasih-sayang, kepercayaan, kesihatan dan berbagai perkara lagi di dalam kehidupan kita perlukan wang untuk jadikan ia kenyataan. Kan best kalau wang mengalir bagai air kepada kita? Ianya tidak mustahil! Cuba pejam mata dan bayangkan duit berterbangan datang kepada anda.... seperti ini! Apa yang anda perlu faham mengenai wang? Menjadi sifat semulajadi untuk sebilangan manuisia mahukan yang terbaik dalam hidup mereka. Mahu rumah lebih besar, mahu kereta lebih besar, ...

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari : Ikon Jutawan Melayu

  Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut Forbes beliau mempunyai harta bernilai AS$1.7 billion pada 2010 seterusnya menjadi orang kelapan terkaya di Malaysia pada 2010. Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951 Beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan. Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjaw...

Kemewahan Hidup | Rahsia Untuk Kaya

Semua manusia berhak untuk menikmati kemewahan hidup di dunia ini. Sesungguhnya nikmat Allah S.W.T di dunia adalah tiada hadnya. Jika anda merasakan sesuatu perkara ada hadnya, anda silap kerana sesuatu perkara itu tiada hadnya kecuali telah di tetapkan oleh Allah S.W.T seperti lelaki hanya di benarkan untuk berkahwin tidak lebih daripada 4 wanita sekaligus. Kemewahan hidup adalah tiada had dan anda semua manusia boleh mencapainya. Kita bercakap mengenai kemewahan, tetapi apakah maksud sebenar kewewahan? Kemewahan bermaksud semua yang anda mahu boleh di tunaikan.  Kemewahan merangkumi segala aspek kehidupan anda. Anda malas untuk memandu, anda boleh serahkan beban ini kepada pemandu anda. Anda mahu makanan sedap, anda boleh membelinya dari tukang masak terhebat. Perasaan kemewahan di dunia adalah sama dengan ganjaran di syurga, yang menjadi perbezaannya adalah nikmat di syurga sudah tentulah berlipat kali ganda dari di dunia. Apabila anda memulakan perniagaan, ja...