Pengiklanan berbayar di Facebook yang dikenali sebagai FB Ads semakin digunakan oleh ramai usahawan dan peniaga Internet di Facebook. Namun dalam keghairahan itu, ramai juga yang telah rugi besar kerana kos iklan terlampau tinggi berbanding untung yang diperolehi. Dalam satu-satu iklan di FB, tiga komponen berikut adalah perkara yang wajib ada: 1. Sasaran harus tepat Siapakah sasaran pelanggan untuk produk yang kita promosikan? Jantina mereka, umur, tempat tinggal, negara dan juga minat (interest) mereka. Ada dua situasi yang mesti dielak dalam proses penetapan sasaran pelanggan ini pada ruangan ‘Ads Manager’, di mana walaupun penetapan sasaran telah dilakukan, tetapi kita telah tersalah pilihan dan penetapan. Situasi kedua pula adalah langsung tidak menetapkan sasaran yang menumpu, sebaliknya mengiklankan kepada sesiapa sahaja dengan andaian lebih ramai yang baca iklan, maka lebih ramai yang akan beli. Situasi kedua ini akan menyebabkan kita rugi besar dalam pengiklanan di F...