Skip to main content

3 Komponen Wajib Ada Pada FB Ads



Pengiklanan berbayar di Facebook yang dikenali sebagai FB Ads semakin digunakan oleh ramai usahawan dan peniaga Internet di Facebook. Namun dalam keghairahan itu, ramai juga yang telah rugi besar kerana kos iklan terlampau tinggi berbanding untung yang diperolehi.
Dalam satu-satu iklan di FB, tiga komponen berikut adalah perkara yang wajib ada:

1. Sasaran harus tepat

Siapakah sasaran pelanggan untuk produk yang kita promosikan? Jantina mereka, umur, tempat tinggal, negara dan juga minat (interest) mereka. Ada dua situasi yang mesti dielak dalam proses penetapan sasaran pelanggan ini pada ruangan ‘Ads Manager’, di mana walaupun penetapan sasaran telah dilakukan, tetapi kita telah tersalah pilihan dan penetapan.
Situasi kedua pula adalah langsung tidak menetapkan sasaran yang menumpu, sebaliknya mengiklankan kepada sesiapa sahaja dengan andaian lebih ramai yang baca iklan, maka lebih ramai yang akan beli. Situasi kedua ini akan menyebabkan kita rugi besar dalam pengiklanan di Facebook.

2. Gunakan imej yang menarik perhatian

Imej yang digunakan seeloknya adalah imej yang menarik perhatian, sama ada ia berkaitan dengan teks iklan ataupun tidak. Namun sebaiknya ia berkaitan dengan produk yang dijual. Tujuan utama imej di iklan adalah untuk mencuri perhatian mata pengguna Facebook (pelanggan sasaran) agar membaca iklan, jadi ia haruslah gambar yang mampu menarik mata pengguna Facebook.
Tugas iklan yang dibina adalah untuk memastikan mereka tertarik untuk membaca dan klik pada iklan tersebut. Seterusnya, tugas menjual adalah laman web jualan ataupun ayat jualan di Facebook Page.
Warna imej dicadangkan berwarna terang, manakala objek dalam gambar itu adalah objek yang menarik pada fitrah jiwa manusia. Gambar-gambar, foto ataupun imej yang mempunyai ciri memberi inspirasi, gembira, memotivasikan, santai dan ceria, biasanya mampu mencuri perhatian mata pembaca iklan.
Seperkara lagi, imej menarik yang digunakan juga berfungsi agar iklan kita lebih diutamakan berbanding iklan-iklan yang lain. Walaupun iklan kita tidak berada paling atas, namun disebabkan imej yang digunakan adalah menarik, pembaca iklan akan terus menumpu pada iklan kita sehingga terlupa pada iklan-iklan yang lain.

3. “Call to Action”

Call to Action adalah ‘ayat arahan’. Komponen ini wajib ada agar iklan yang dibaca akhirnya diklik. Contoh ayat arahan adalah seperti ‘Klik di sini’, ‘Daftar sekarang’ dan sebagainya. Ayat arahan ini adalah ayat yang menerangkan apakah yang pembaca iklan perlu buat selepas mereka membaca iklan kita. Tanpa ayat arahan sebegini, kemungkinan besar mereka hanya membaca iklan tanpa klik padanya.
Sumber asal di sini

Comments

Popular posts from this blog

Wang dan Anda

Sekarang kita berada situasi di mana kita perlukan wang untuk terus hidup. Tiada wang, tiada hidup.  Wang sudah membelenggu kehidupan kita. Setiap hari kita lebih memikirkan tentang wang dari Pencipta kita yang Maha Esa. Manusia tidak perlukan wang untuk hidup, tetapi kebanyakan dari anda perlukan ia untuk terus hidup. Arrrgh!!!! Wang takde, macam mana ni? Yeye, banyak duit? Mak, Ali nak robot tu boleh? Ish, mana boleh, Mak tak cukup duitlah. Semua perkara memerlukan wang. Kasih-sayang, kepercayaan, kesihatan dan berbagai perkara lagi di dalam kehidupan kita perlukan wang untuk jadikan ia kenyataan. Kan best kalau wang mengalir bagai air kepada kita? Ianya tidak mustahil! Cuba pejam mata dan bayangkan duit berterbangan datang kepada anda.... seperti ini! Apa yang anda perlu faham mengenai wang? Menjadi sifat semulajadi untuk sebilangan manuisia mahukan yang terbaik dalam hidup mereka. Mahu rumah lebih besar, mahu kereta lebih besar, ...

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari : Ikon Jutawan Melayu

  Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut Forbes beliau mempunyai harta bernilai AS$1.7 billion pada 2010 seterusnya menjadi orang kelapan terkaya di Malaysia pada 2010. Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951 Beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan. Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjaw...

Kemewahan Hidup | Rahsia Untuk Kaya

Semua manusia berhak untuk menikmati kemewahan hidup di dunia ini. Sesungguhnya nikmat Allah S.W.T di dunia adalah tiada hadnya. Jika anda merasakan sesuatu perkara ada hadnya, anda silap kerana sesuatu perkara itu tiada hadnya kecuali telah di tetapkan oleh Allah S.W.T seperti lelaki hanya di benarkan untuk berkahwin tidak lebih daripada 4 wanita sekaligus. Kemewahan hidup adalah tiada had dan anda semua manusia boleh mencapainya. Kita bercakap mengenai kemewahan, tetapi apakah maksud sebenar kewewahan? Kemewahan bermaksud semua yang anda mahu boleh di tunaikan.  Kemewahan merangkumi segala aspek kehidupan anda. Anda malas untuk memandu, anda boleh serahkan beban ini kepada pemandu anda. Anda mahu makanan sedap, anda boleh membelinya dari tukang masak terhebat. Perasaan kemewahan di dunia adalah sama dengan ganjaran di syurga, yang menjadi perbezaannya adalah nikmat di syurga sudah tentulah berlipat kali ganda dari di dunia. Apabila anda memulakan perniagaan, ja...