Skip to main content

Bagaimana Membina Kredibiliti Di Facebook


Setiap perniagaan mempunyai pengemudinya, iaitu usahawan. Untuk memastikan sesebuah perniagaan, produk dan jenama bisnes dikenali ramai, pengemudi itu perlu melakukan sesuatu, iaitu promosi. Promosi ada banyak jenis seperti promosi terang-terangan dan promosi secara halus.
Seorang usahawan yang dikenali dengan hati budi yang baik, suka berkongsi ilmu dan membantu usahawan lain, akan mula dikenali dan dipercayai ramai sedikit demi sedikit. Soalnya, bagaimana cara melakukannya?
Boleh dikatakan kebanyakan usahawan telah mempunyai akaun Facebook masing-masing. Adalah amat rugi jika kita sebagai usahawan tidak mempelbagaikan cara pemasaran di Facebook.
Artikel ini akan mendedahkan satu kaedah yang boleh dilakukan di Facebook, iaitu dengan menggunakan Group. Group (komuniti) adalah satu ruang berkumpulnya pengguna Facebook yang mempunyai minat yang sama.

Berikut adalah cara-caranya:

1. Guna nama sebenar di Facebook

Seorang usahawan harus telus di medan media sosial seperti di Facebook. Menggunakan nama samaran boleh, tetapi ia sedikit berisiko. Orang lain akan menganggap kita ada niat yang tidak baik. Pelanggan dan pembeli hanya mahu berurusan dengan orang yang telus sahaja. Begitu juga kita, sama sekali ‘takut’ untuk membeli barang daripada orang yang menggunakan identiti palsu.

2. Gunakan gambar sebenar atau gambar yang elok

Gunakan gambar yang sebenar. Elakkan menggunakan gambar-gambar seperti bunga, kartun dan seumpamanya, kerana ia tidak profesional dan tidak mencerminkan kita sebagai seorang usahawan.
Jika boleh, letak foto yang terkini. Bagi usahawanita (wanita Islam) yang tidak mahu mendedahkan gambar sebenar atas sebab privasi, boleh gunakan logo bisnes. Elakkan meletak gambar produk. Manakala bagi lelaki, setakat ini tiada alasan kukuh untuk tidak mendedahkan foto sebenar.
Kelebihan meletak foto sebenar di Facebook profile adalah, prospek dan pelanggan semakin mempercayai dan meyakini kita.

3. Join group yang berkaitan sahaja

Group apakah yang perlu disertai? Bagaimana cara menyertai sesebuah group? Berapa banyak group yang perlu saya sertai?
Anda sertai group yang berkaitan dengan perniagaan dan juga bidang jualan anda. Untuk group berkaitan perniagaan, di sana terkumpul ramai usahawan. Kita boleh berkenalan dengan mereka dan bina kredibiliti di sana sebagai usahawan yang boleh sama-sama berkongsi pengalaman.
Manakala group berkaitan bidang jualan, katakan anda menjual pakaian, maka sertai group yang berkaitan dengan pakaian. Kongsikan tip-tip dan panduan yang berkaitan pakaian.
Untuk menyertai group, kita boleh mencari group dengan menggunakan fungsi carian (search) di Facebook. Masukkan perkataan berkaitan dan klik search. Kemudian klik pada Groups. Anda akan disenaraikan dengan group yang boleh disertai.
Selain itu, gunakan juga fungsi carian Group di sini: https://www.facebook.com/findgroups
Anda tidak perlu menyertai banyak group. Pilih group yang aktif dan lebih menumpu kepada perbincangan dan perkongsian. Tidak kisah group itu ramai ahli ataupun tidak, yang penting adalah kualiti ahli group. Elakkan group yang memfokus kepada iklan semata-mata.

4. Gunakan gambar atau imej

Untuk menjadikan perkongsian anda di group lebih menarik perhatian ahli group, gunakan imej ataupun foto yang sesuai dan berkaitan. Contohnya, jika anda berkongsi tentang bisnes offline anda, sertakan sekali gambar kedai anda.

5. Penulisan dalam bentuk tip

Tidak perlu menulis terlalu panjang di group. Penulisan dalam bentuk senarai tip adalah lebih digemari berbanding penulisan yang agak panjang lebar.

6. Perkongsian pengalaman sebenar

Selain berkongsi fakta dan ilmu dalam bentuk tip/panduan, ahli group juga amat suka dengan perkongsian pengalaman sebenar. Berikan inspirasi dan motivasi kepada mereka tanpa menyuruh mereka bermotivasi, tetapi kongsikan cerita yang memberi mereka suntikan semangat.

7. Berikan komen positif

Apabila berkomuniti di group, sikap bertolak ansur adalah amat penting. Selain berkongsi, kita juga perlu memberikan komen yang positif kepada ahli lain apabila mereka berkongsi tip, panduan dan pengalaman. Ucapkan juga terima kasih, tahniah dan sebagainya. Jika kita tidak tahu untuk komen, elakkan berikan komen agar tidak ada ahli yang terluka.
Link asal maklumat ini di sini

Comments

Popular posts from this blog

Wang dan Anda

Sekarang kita berada situasi di mana kita perlukan wang untuk terus hidup. Tiada wang, tiada hidup.  Wang sudah membelenggu kehidupan kita. Setiap hari kita lebih memikirkan tentang wang dari Pencipta kita yang Maha Esa. Manusia tidak perlukan wang untuk hidup, tetapi kebanyakan dari anda perlukan ia untuk terus hidup. Arrrgh!!!! Wang takde, macam mana ni? Yeye, banyak duit? Mak, Ali nak robot tu boleh? Ish, mana boleh, Mak tak cukup duitlah. Semua perkara memerlukan wang. Kasih-sayang, kepercayaan, kesihatan dan berbagai perkara lagi di dalam kehidupan kita perlukan wang untuk jadikan ia kenyataan. Kan best kalau wang mengalir bagai air kepada kita? Ianya tidak mustahil! Cuba pejam mata dan bayangkan duit berterbangan datang kepada anda.... seperti ini! Apa yang anda perlu faham mengenai wang? Menjadi sifat semulajadi untuk sebilangan manuisia mahukan yang terbaik dalam hidup mereka. Mahu rumah lebih besar, mahu kereta lebih besar, ...

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari : Ikon Jutawan Melayu

  Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut Forbes beliau mempunyai harta bernilai AS$1.7 billion pada 2010 seterusnya menjadi orang kelapan terkaya di Malaysia pada 2010. Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951 Beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan. Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjaw...

Kemewahan Hidup | Rahsia Untuk Kaya

Semua manusia berhak untuk menikmati kemewahan hidup di dunia ini. Sesungguhnya nikmat Allah S.W.T di dunia adalah tiada hadnya. Jika anda merasakan sesuatu perkara ada hadnya, anda silap kerana sesuatu perkara itu tiada hadnya kecuali telah di tetapkan oleh Allah S.W.T seperti lelaki hanya di benarkan untuk berkahwin tidak lebih daripada 4 wanita sekaligus. Kemewahan hidup adalah tiada had dan anda semua manusia boleh mencapainya. Kita bercakap mengenai kemewahan, tetapi apakah maksud sebenar kewewahan? Kemewahan bermaksud semua yang anda mahu boleh di tunaikan.  Kemewahan merangkumi segala aspek kehidupan anda. Anda malas untuk memandu, anda boleh serahkan beban ini kepada pemandu anda. Anda mahu makanan sedap, anda boleh membelinya dari tukang masak terhebat. Perasaan kemewahan di dunia adalah sama dengan ganjaran di syurga, yang menjadi perbezaannya adalah nikmat di syurga sudah tentulah berlipat kali ganda dari di dunia. Apabila anda memulakan perniagaan, ja...