Setiap pandangan berbeza. Ada yang menganggap wang adalah alat untuk
pertukaran.
Namun, saya menganggap wang adalah kayu pengukur kehidupan seseorang
pada zaman sekarang.
Lagi banyak wang, lagi kaya.
Lagi banyak wang, lagi di hormati.
Lagi banyak wang, lagi senang kehidupan.
Dengan wang, anda mempunyai kuasa dan akan lebih di hormati oleh manusia
lain. Memiliki wang yang lebih bermaksud lagi senang kehidupan anda.
Ramai juga yang beranggapan, wang adalah tunjang kepada semua kejahatan.
Mereka silap kerana cintakan wang adalah tunjang kepada semua kejahatan. Sekali
anda biarkan diri anda cintakan wang, anda akan di selubungi kejahatan.
Untuk mengelakkan diri anda dari cintakan wang, anda perlu jadikan wang
sebagi hamba anda. Wang perlu mengikut arahan anda. Ada satu pepatah yang
menarik untuk di kongsi.
Wang adalah hamba
yang bagus, namun ia bukan tuan yang bagus.
Jika anda menggadaikan maruah anda demi wang, wang sudah mengusai masa
dan kehidupan anda.
Cara terbaik untuk menghalang wang dari mengusai anda adalah pengurusan
wang yang betul.
Beringat sebelum terkena.
Kenyataan kehidupan sekarang adalah sesuatu yang anda dan saya tidak
dapat menerimanya. Setiap hari harga barang semakin naik, tetapi jumlah
pendapatan kita kekal. Setiap hari kita di hempap perlahan-lahan oleh bebanan
hidup.
Selain keperluan hidup yang semakin meningkat, tahap kesihatan juga kian
membelenggu kita. Corak kehidupan yang kurang sihat sentiasa menghantui tahap
kesihatan kita.
Setiap hari, ada sahaja ancaman penyakit dan virus muncul. Untuk
sembuh, kita perlukan wang untuk membeli ubat dan sebagainya.
Kita perlu kawal kewangan kita sebelum kesusahan yang tidak di jangka
akan menyerang kita.
Comments
Post a Comment