Skip to main content

E-Book Prinsip Jutawan


Hidup kita hanya untuk mencari kebahagian. Manusia telah di lahirkan dengan perasaan untuk mencari kebahagian. Bagi manusia yang lemah, kebahagian hanya boleh di capai dengan menggunakan wang. Bagi mereka, hanya wang yang mampu memberi sepenuhnya kebahagian kepada mereka. Sesungguhnya manusia adalah makhluk yang lemah. Tidak salah untuk mencari kekayaan jika kita percaya kekayaan mampu mengubah hidup kita selain  bantuan penuh dan kebenaran dari Yang Maha Esa.


Dalam ebook ini, anda akan di dedahkan dengan prinsip jutawan yang sangat hebat. Anda tidak akan gagal jika anda mengamalnya. Motivasi dan semangat adalah saling berhubungan. Semangat yang hebat datang dari satu motivasi yang kuat. Motivasi yang kuat datang dari prinsip yang kukuh. Beginilah fungsi ebook ini. Segala prinsip yang di perlukan oleh anda untuk membina motivasi yang kuat dan seterusnya membakar semangat membara anda akan di huraikan dalam ebook ini.

Kenapa semangat anda perlu di bakar?

Negara kita tidak akan merdeka jika rakyat dahulu tidak semangat memperjuangkannya. Islam tidak akan berkembang jika tiada umatnya yang bersemangat mengembangkannya. Semangat dalam melakukan sesuatu bermaksud kita melakukan sesuatu tanpa mengharapkan apa –apa balasan atau ikhlas dalam tindakan. Untuk menjadikan impian menjadi seorang jutawan tercapai, anda memerlukan satu semangat yang kuat, hati yang ikhlas dan bantuan dari Allah S.W.T. Prinsip boleh di ibaratkan sebagai api yang akan membakar semangat anda. Sekarang, bersedialah untuk menerima semua prinsip yang di perlukan untuk menjadi seorang jutawan.

Comments

Popular posts from this blog

Wang dan Anda

Sekarang kita berada situasi di mana kita perlukan wang untuk terus hidup. Tiada wang, tiada hidup.  Wang sudah membelenggu kehidupan kita. Setiap hari kita lebih memikirkan tentang wang dari Pencipta kita yang Maha Esa. Manusia tidak perlukan wang untuk hidup, tetapi kebanyakan dari anda perlukan ia untuk terus hidup. Arrrgh!!!! Wang takde, macam mana ni? Yeye, banyak duit? Mak, Ali nak robot tu boleh? Ish, mana boleh, Mak tak cukup duitlah. Semua perkara memerlukan wang. Kasih-sayang, kepercayaan, kesihatan dan berbagai perkara lagi di dalam kehidupan kita perlukan wang untuk jadikan ia kenyataan. Kan best kalau wang mengalir bagai air kepada kita? Ianya tidak mustahil! Cuba pejam mata dan bayangkan duit berterbangan datang kepada anda.... seperti ini! Apa yang anda perlu faham mengenai wang? Menjadi sifat semulajadi untuk sebilangan manuisia mahukan yang terbaik dalam hidup mereka. Mahu rumah lebih besar, mahu kereta lebih besar, ...

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari : Ikon Jutawan Melayu

  Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut Forbes beliau mempunyai harta bernilai AS$1.7 billion pada 2010 seterusnya menjadi orang kelapan terkaya di Malaysia pada 2010. Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951 Beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan. Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjaw...

Kemewahan Hidup | Rahsia Untuk Kaya

Semua manusia berhak untuk menikmati kemewahan hidup di dunia ini. Sesungguhnya nikmat Allah S.W.T di dunia adalah tiada hadnya. Jika anda merasakan sesuatu perkara ada hadnya, anda silap kerana sesuatu perkara itu tiada hadnya kecuali telah di tetapkan oleh Allah S.W.T seperti lelaki hanya di benarkan untuk berkahwin tidak lebih daripada 4 wanita sekaligus. Kemewahan hidup adalah tiada had dan anda semua manusia boleh mencapainya. Kita bercakap mengenai kemewahan, tetapi apakah maksud sebenar kewewahan? Kemewahan bermaksud semua yang anda mahu boleh di tunaikan.  Kemewahan merangkumi segala aspek kehidupan anda. Anda malas untuk memandu, anda boleh serahkan beban ini kepada pemandu anda. Anda mahu makanan sedap, anda boleh membelinya dari tukang masak terhebat. Perasaan kemewahan di dunia adalah sama dengan ganjaran di syurga, yang menjadi perbezaannya adalah nikmat di syurga sudah tentulah berlipat kali ganda dari di dunia. Apabila anda memulakan perniagaan, ja...