Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Panduan Bisnes: Prinsip Bisnes Dan Kekayaan

Prinsip Bisnes & Kekayaan - Formula Azizan Osman 1. Matlamat utama bisnes BUKAN UNTUK KAYA RAYA banyak wang, tetapi MATLAMAT UTAMA bisnes adalah mencari redha Allah swt dengan membantu manusia lain yang mempunyai masalah untuk dapatkan produk atau perkhidmatan yang kita boleh bantu selesaikan.   2. Matlamat ke-2 dalam bisnes formula yang saya kongsikan adalah, berniaga untuk menggembirakan atau membahagiakan orang lain, mudah-mudahan dengan apa yang kita "beri" itu, akan dipandang Allah swt sebagai satu amalan (Perbuatan/ Tindakan) yang diredhaiNya dan dikasihiNya. 3. Matlamat ke-3 bisnes sepertimana yang saya kongsikan adalah untuk menyelesaikan masalah maslahah atau muamalat umat Islam. Anda nak boikot tak nak guna barangan yang menyokong zionis, itu bagus, tapi adakah pada masa yang sama anda sediakan penggantinya untuk umat Islam? atau adakah anda mula membeli barangan keluaran umat Islam? Adakah anda cari jalan dapatkan Bihun Sufi? Adakah anda cari j...

Waktu Yang Sesuai Update Facebook

K ali ini, saya nak kongsi sikit tentang waktu-waktu sesuai untuk buat promosi di Facebook. Kenapa saya katakan ada waktu sesuai? Sebab pertama sekali, Facebook ni berunsurkan ‘Live Updating’. Contohnya, kalau kita buat promosi pada waktu 3am, orang yang buka facebook pada jam 9pagi mungkin dah tak nampak post promosi anda sebab sudah ditenggelami post dan status update dari kawan-kawan lain dalam friendlist dia. Jadi,bilakah waktu promosi yang sesuai? Selepas subuh (6am – 7am): Waktu sebegini, bagus untuk mempromosikan branding anda. Sebab orang baru bangun tidur, baru celik mata, baru mandi, masih segar, minda masih fresh. Jadi post yang sesuai untuk bina branding? Bagilah tazkirah pagi, kata-kata motivasi, tips menceriakan hari, pastu letak ‘link website’ anda ke, link ‘fanpage ke’ dan sebagainya. Post promosi produk kesihatan pun bagus sebabnya orang baru bangun tidur, ada yang baru sarapan pagi dan ada dah pasang niat malam sebelumnya untuk kuruskan badan. Sel...

3 Komponen Wajib Ada Pada FB Ads

Pengiklanan berbayar di Facebook yang dikenali sebagai FB Ads semakin digunakan oleh ramai usahawan dan peniaga Internet di Facebook. Namun dalam keghairahan itu, ramai juga yang telah rugi besar kerana kos iklan terlampau tinggi berbanding untung yang diperolehi. Dalam satu-satu iklan di FB, tiga komponen berikut adalah perkara yang wajib ada: 1. Sasaran harus tepat Siapakah sasaran pelanggan untuk produk yang kita promosikan? Jantina mereka, umur, tempat tinggal, negara dan juga minat (interest) mereka. Ada dua situasi yang mesti dielak dalam proses penetapan sasaran pelanggan ini pada ruangan ‘Ads Manager’, di mana walaupun penetapan sasaran telah dilakukan, tetapi kita telah tersalah pilihan dan penetapan. Situasi kedua pula adalah langsung tidak menetapkan sasaran yang menumpu, sebaliknya mengiklankan kepada sesiapa sahaja dengan andaian lebih ramai yang baca iklan, maka lebih ramai yang akan beli. Situasi kedua ini akan menyebabkan kita rugi besar dalam pengiklanan di F...

Bagaimana Membina Kredibiliti Di Facebook

Setiap perniagaan mempunyai pengemudinya, iaitu usahawan. Untuk memastikan sesebuah perniagaan, produk dan jenama bisnes dikenali ramai, pengemudi itu perlu melakukan sesuatu, iaitu promosi. Promosi ada banyak jenis seperti promosi terang-terangan dan promosi secara halus. Seorang usahawan yang dikenali dengan hati budi yang baik, suka berkongsi ilmu dan membantu usahawan lain, akan mula dikenali dan dipercayai ramai sedikit demi sedikit. Soalnya, bagaimana cara melakukannya? Boleh dikatakan kebanyakan usahawan telah mempunyai akaun Facebook masing-masing. Adalah amat rugi jika kita sebagai usahawan tidak mempelbagaikan cara pemasaran di Facebook. Artikel ini akan mendedahkan satu kaedah yang boleh dilakukan di Facebook, iaitu dengan menggunakan Group. Group (komuniti) adalah satu ruang berkumpulnya pengguna Facebook yang mempunyai minat yang sama. Berikut adalah cara-caranya: 1. Guna nama sebenar di Facebook Seorang usahawan harus telus di medan media sosial seperti di ...

7 Cara Buat Duit Dengan Facebook Ads

 Anda bina fanpage berasaskan perniagaan. Kemudian anda gunakan facebook ads untuk cari bilangan like sebanyak mungkin. Di fanpage, anda promosikan produk perniagaan anda. Wang yang anda dapat, anda gunakan sebahagiaannya untuk meningkatkan bilangan like. Apabila sudah sampai peringkat keuntungan yang anda mahu, anda berhenti. Saya nasihatkan anda untuk memiliki satu fanpage bagi setiap niche perniagaan anda.  Anda bina squeeze page dan promosi squeeze page anda menggunakan facebook ads. Promosi produk perniagaan anda melalui pemasaran emel. Cari seramai mungkin subscriber menerusi facebook ads.  Anda join affiliate dan promosi produk affiliate menerusi facebook ads. Anda pilih produk affiliate yang ada potensi yang besar untuk terjual dan promosikannya secara serius menggunakan facebook ads. Wang keuntungan yang anda dapat, anda laburkan ia untuk perkembangkan perniagaan affiliate anda.  Anda beli produk...

Tip Tarik Ramai Pengguna Facebook Untuk LIKE Fanpage Anda!

Berikut adalah beberapa tips yang anda boleh cuba untuk menarik seramai mungkin pengguna facebook like fanpage anda.  Tulis tajuk iklan yang ringkas, padat dan jelas.  Tulis deskripsi yang menarik di bahagian badan. Pastikan ayat yang anda tulis boleh menarik ramai orang untuk klik link anda dan seterusnya like fanpage anda.  Gunakan gambar yang menarik dan jelas.  Target liker anda dengan membuat pilihan bagi umur, jantina, minat mereka dan sebagainya. Cara untuk buat pilihan adalah anda kenal pasti ciri – ciri pengguna facebook yang anda duit atau berminat untuk membeli produk anda.  Anda boleh pilih pay per click atau pay per view. Anda boleh gunakan kaedah cuba jaya dan pilih jenis pengiklanan yang menguntungkan pihak anda. Biasanya jenis pengiklanan pay per click akan dipaparkan lebih kurang di facebook dari pengiklanan pay per view.  Lakukan beberapa kempen dengan tajuk yang berlainan, badan yang ...

Cara Buat Duit Dengan Facebook

Bagi anda yang memiliki perniagaan, Facebook Ads adalah tempat yang paling sesuai untuk meluaskan pengaruh perniagaan anda.  Ini kerana facebook mempunyai pengguna yang sangat ramai dan dalam masa yang sama ada kemudahan tapak untuk promosikan perniagaan anda. Tapak yang saya maksudkan adalah Facebook Fanpage.  Melalui Facebook Fanpage, anda boleh setkan tapak perniagaan anda di Facebook.  Kelebihan utama fanpage adalah anda boleh gunakan ia untuk menjual produk anda, untuk promosikan perniagaan anda dan melalui fanpage juga anda boleh berkomunikasi dengan pelanggan anda. Anda boleh create Facebook Fanpage melalui link di bawah:- http://www.facebook.com/pages/create.php Anda pilih pilihan Perniagaan Tempatan atau Tempat dan ikut sahaja arahan yang di beri untuk membina kedai perniagaan anda di facebook. Apabila siap facebook Fanpage anda, anda gunakan facebook ads untuk mencari liker bagi fanpage anda. Anda...

Salam Penuh Syukur

Selamat pagi penuh syukur,  selamat bekerja semua tidak kira di mana jua anda berada. Saya berdoa Allah memberkati pekerjaan kita hari ini,  memberkati setiap langkah dan pergerakan kita,  memberkati rezeki yang dilimpahkan kepada kita hari ini.   Mulakan dengan kesyukuran InsyaAllah ada kenikmatan. ~SMILE~

Bagaimana Untuk Kekal Bermotivasi? Part 2

Bagaikan langit, semangat kita juga sentiasa berubah umpama cuaca yang ada masanya cerah dan ada ketikanya mendung. Kita dapat merasakan bahawa semangat kita mula menurun apabila keghairahan dan keseronokan melakukan sesuatu perkara semakin berkurangan. Keadaan bertambah gawat apabila semangat yang lau itu dibiarkan begitu sahaja sehingga kita terpaksa bertungkus-lumus untuk mengembalikan semula semangat yang telah lama terpadam. Hakikatnya, semangat tidak luntur serta-merta ataupun tanpa sebab. Kita dapat mengesannya seperti mana penyakit yang mempunyai sebab dan tanda-tanda. Membiarkan sahaja keadaan ini berlarutan akan mengundang masalah lain. Contohnya, apabila kita kurang bersemangat, kualiti kerja akan menurun. Penurunan kualiti kerja bukan sahaja menjejaskan prestasi dan reputasi, malah ia menjejaskan hubungan dengan rakan sekerja. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Terdapat beberapa tips yang boleh dipertimbangkan untuk menaikkan semula motivasi. Kita akan s...

Bagaimana Untuk Kekal Bermotivasi?

Jadilah Pakar Motivasi Sendiri Be a self-motivated person. Selalu menasihati diri seolah-olah kita menasihati orang lain. Kita adalah insan yang lebih mengenali diri kita sendiri. maka kita boleh memberikan penawar terbaik untuk diri sendiri. Pujuk dan bisikkan ke dalam diri bahawa kita tidak mahu gagal dan hanya diri kita sendiri yang mampu mengubah keadaan ini. Jangan harapkan orang lain untuk memujuk dan mengubah diri kita. Tanamkan dalam minda bahawa kita adalah ketua dan pengawal kepada emosi, minda dan tingkah laku kita. Kata orang tua-tua, ikut hati mati, ikut nafsu lesu. Apabila kita berjaya memujuk dan memulihkan semangat sendiri, kita akan merasai kepuasan dan boleh berkongsi petua dengan orang lain. Bergaul dengan Mereka yang Bersemangat dan Bersungguh-sungguh dalam Kehidupan Elakkan daripada menceritakan masalah terutamanya kepada mereka yang gemar menjatuhkan lagi semangat kita. Perhatikan mereka yang lebih berjaya dan ceria untuk mendorong kita supaya menjadi ...

Rahsia Jutawan Bakal Didedahkan!

Jadilah orang PERTAMA mengetahui RAHSIA yang didedahkan agar anda dapat ‘copy & paste’ sistem tersebut untuk turut bergelar JUTAWAN agar kehidupan anda tidak lagi memeritkan! Naik pening bila fikirkan hal duit ni? Anda? Serabut ke tak serabut? Sekarang, mahukah anda jika saya kongsikan, bagaimana saya dapat lari daripada segala masalah kewangan yang saya hadapi pada satu ketika dahulu? Adakah say a join skim cepat kaya? Atau adakah saya buat kerja sampingan selepas office hour? Oh TIDAK! Saya sesekali pun tidak akan dan tidak pernah join skim cepat kaya. Itu semua penipu besar di internet. Malah, saya tidak pernah buat kerja sampingan lepas office hour. Kerja sampingan ni penat. Kalau saya buat kerja sampingan, macam mana dengan anak-anak pula kan? Jadi.. Apa yang saya buat untuk tambah pendapatan adalah dengan cara.. BISNES! Apakah yang ada dalam fikiran anda sekarang? Adakah bila saya sebut bisnes sahaja anda terfikir modal yang besar? Atau anda te...

Kemewahan Hidup | Rahsia Untuk Kaya

Semua manusia berhak untuk menikmati kemewahan hidup di dunia ini. Sesungguhnya nikmat Allah S.W.T di dunia adalah tiada hadnya. Jika anda merasakan sesuatu perkara ada hadnya, anda silap kerana sesuatu perkara itu tiada hadnya kecuali telah di tetapkan oleh Allah S.W.T seperti lelaki hanya di benarkan untuk berkahwin tidak lebih daripada 4 wanita sekaligus. Kemewahan hidup adalah tiada had dan anda semua manusia boleh mencapainya. Kita bercakap mengenai kemewahan, tetapi apakah maksud sebenar kewewahan? Kemewahan bermaksud semua yang anda mahu boleh di tunaikan.  Kemewahan merangkumi segala aspek kehidupan anda. Anda malas untuk memandu, anda boleh serahkan beban ini kepada pemandu anda. Anda mahu makanan sedap, anda boleh membelinya dari tukang masak terhebat. Perasaan kemewahan di dunia adalah sama dengan ganjaran di syurga, yang menjadi perbezaannya adalah nikmat di syurga sudah tentulah berlipat kali ganda dari di dunia. Apabila anda memulakan perniagaan, ja...

Keluar Dari Masalah Kewangan - Part 2

Strategi serangan. Salah satu cara untuk memulihkan masalah kewangan anda adalah dengan berniaga.  Namun, cara yang terpantas adalah perniagaan yang ada jaringan.  Ia bukan perniagaan tradisional tetapi perniagaan yang berbentuk jaringan seperti perniagaan melalui internet. Ramai yang tidak sedar, perniagaan yang ada jaringan seperti perniagaan internet dan MLM membolehkan anda untuk mendapat pulangan yang cepat pada kos yang rendah. Strategi serangan bermakna anda aktifkan diri untuk mencari jalan keluar dengan melakukan perniagaan. Antara perniagaan yang membawa pulangan yang tinggi pada kos yang rendah adalah? ·         Perniagaan melalui internet. ·         MLM ·         Agen insurans dan sebagainya. ·         Perlaburan secara kecil-kecilan.

Cari Jalan Keluar Dari Masalah Kewangan

Ada dua cara yang anda boleh amalkan untuk mengeluarkan anda dari masalah kewangan. Strategi bertahan. Potong semua perbelangaan yang tiada faedah.  Anda tidak mulakan perniagaan jika keluar masuk kewangan anda tidak dapat di kawal.  Aliran wang adalah penting. Anda boleh potong (tidak perlu berbelanja langsung) perbelanjaan seperti berikut: ·         Smoking – jika tidak boleh berhenti, minimumkan (berhenti jauh lebih lebih bagus) ·     Alcohol – Bagi bukan Islam, jangan minum kerana wang anda akan mengalir keluar dengan lajunya. ·         Membeli belah barangan tambahan. ·         Bermain judi (Muslim dilarang keras oleh agama) ·         Percutian dan langganan pada country club (yang tidak berfaedah) ·         Makanan – makan makanan yan...

Kepentingan Pendidikan Kewangan

Anda perlu melabur untuk minda wang? Melabur untuk minda wang bermaksud melabur untuk memahirkan diri anda dalam kewangan. Melabur untuk diri sendiri juga bermaksud melabur untuk minda wang. Perlaburan ini akan menjalinkan anda dengan pengetahuan kewangan yang kukuh di mana hanya sedikit manusia sahaja yang tahu. Memerhati dari tepi adalah berbeza dari mereka yang sedang melaksanakannya. Seorang professor kewangan hanya mampu memberi ulasan tetapi tidak berani mengambil tindakan kerana mereka sentiasa memerhati dari tepi. Berbeza dari mereka yang sedang melaksanakannya, mereka barani mengambil tindakan kerana mereka tahu apa yang mereka lakukan. Apa yang anda ingin beli, lembu atau susunya? Jika anda membeli susu, ia akan habis. Maka, anda perlu beli, beli, dan beli lagi jika mahu menggunakannya. Jika anda membeli lembu, anda melakukan perlaburan untuk masa hadapan. Walaupun harga lembu tersebut adalah 50 kali lebih mahal dari harga susu, anda akan ...

Makna Pelaburan Pada Anda?

Apa yang terdetik pada fikiran anda ketika anda mendengar perkataan perlaburan? Adakah ia bermakna membeli Insurans, membeli Amanah Saham atau membuka syarikat perniagaan? Ada manusia yang sentiasa memikirkannya. Namun, ada juga manusa yang hanya memikirkannya ketika hendak mati atau berada dalam kesusahan. Ada juga di kalangan anda yang merasakan perlaburan adalah sesuatu yang sangat kompleks untuk di fahami. Perlaburan merangkumi berbagai perkara. Ada manusia yang membuat pembedahan plastik untuk nampak lebih cantik, ada juga manusia yang mengupah jurulatih peribadi supaya mereka nampak lebih kurus. Perlaburan adalah sesuatu yan ganda lakukan untuk diri anda., sudah tentulah untuk mendapat keputusan yang lebih baik. Perlaburan untuk diri sendiri? Perkara pertama yang perlu anda tahu ketika melabur adalah jika anda tidak melabur untuk diri sendiri, siapa lagi yang akan lakukan? Ibu bapa anda hanya akan melabur pendidikan anda sehingga tamat belajar dan ia ...

Pemasaran Iklan Facebook | Teknik FB Optimizations

Orang kata FB Ads ni menguntungkan? Ye ke? Mereka kata: FB Ads, boleh dapat  trafik beribu-ribu pengguna FB  hanya dalam masa beberapa jam! Hebat betul... FB Ads boleh  hasilkan ribuan RM  hanya dalam masa sehari! Boleh kaya segera ni! FB Ads lagi  menjimatkan  berbanding medium pengiklanan lain seperti blog, banner berbayar, Google adwords, email marketing. Mungkin? FB Ads ni mudah saja,  setup dan tinggal ! Tunggu pelanggan masuk membeli saja..Best betul:-) Kalau dah buat FB Ads,  tak perlu dah rekrut/pasang affiliate dan JV!  Yelah, nak dapat JV dan affiliate bukan senang nak dapat. FB Ads dapat membantu anda, lebih-lebih lagi untuk sang newbie! Macam-macam lagi la orang kata, semua POWER-POWER pasal FB Ads ni.. APA ITU FB ADS? Bagaimana FB Ads ini berfungsi  untuk menjual? Jom lihat prosesnya! LIHAT DETAIL DI SINI